Saturday, January 21, 2012

Assalamualaikum
This post is dedicated to my Best Friend,
I know even though you won’t read this. But I still want to write it. Cause this evening I think about you. And I don’t know why. I guess I miss my best friend. In this world there’s only one people I considered my true best friend. And I bet you know who. Even though I know you never think about me. I guess. Correct me if I’m wrong. I don’t know where to begin. Here goes:
Aku tak berapa nak ingat bila kali pertama kitorang kenal. Tak silap aku masa kelas fizik kot. Sebab time tuh cikgu tengah mengajar then ade dua orang student masuk dalam kelas. Sorang tuh best friend aku ni la. Mula2 nampak la sopan sket kan. Tapi bila dah kenal ngan dia, haa amik kau. Segala macam perangai kuar lalala. Biase lah kalau dah ta malu memang macam tuh. Ngn member kan . nak malu apa. Kawan ngan dia ni best la . sebab dia memahami apa yang ada dalam hati aku. Kalau nak diikutkan, kitorang kuat gila bergaduh. Bese lah kan best friend mestilah ada gaduh2. So ta heran la enn. Apa yg best pasal dia ni. Seorang yang sangat kuat bersabar dengan perangai aku yang selalu naik angin ngan dia. And selalu termarah dia. Aku ta tau kenapa aku suka giler marah dia. Mungkin aku sengaja atau mungkin juga aku tak sengaja. Segala apa yang aku rase aku ta puas hati aku lepaskan kat dia. Kadang2 kesian aku tengok sebab selalu buat dia merajuk haha. And satu lagi peel die ni kuat gilerr merajuk. Mengalahkan pakwe makwe kau tau. Haha. Aku tahan je la ngn perangai kebudak2an dia ni haa... kadang2 tuh malas gak nak layan . aku wat bodoh je haha. Jahatkan kau. Tapi dalam jahat2 aku masih ade sayang aku kat sahabat aku sorang tuh. Ye la sape tak sayang best friend. Walaupun kadang2 aku suka wat dia sakit hati. Tapi aku buat jugak. Sebab memang peel aku macam tuh kalau ngan dia. Sebab tu la bagi aku dia ni penyabar orang nya. Sangat kuat iman dia kalau layan karenah aku yang childish ni haha. Kesah plak aku. Yang penting aku akan appreciate dia sampai la bila2 . aku tak kesah la dia appreciate aku ke ta. Yang penting bagi aku dialah yang terbaik dalam sejarah hidup aku. Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku sebagai sahabat baik aku. Aku takkan lupa semuanya . yang pahit ataupun yang manis. Memang tak dinafikan aku rapat gila ngan dia. Kalau boleh kat maktab memang susa nak nampak kitorang pisah kecuali time koku. Sebab dia renjer puteri and aku puteri islam. Hahaha. Tapi selalunya kitorang akan dok sebelah2 gak. Okay enough about that. so nak dijadikan cerita kitorang memang rapat. Walaupun ade lagi sahabat2 laen yang rapat ngan aku kat maktab. I consider dia paling rapat ngan aku. Segala masalah aku cerita kat dia. Orang lain tu ade gak. Tapi after aku bagitau dia. Bagi aku dia ni ta reti nak bagi semangat kat orang. Tapi dia sentiasa ada la kalau aku down.  Dia akan usahakan untuk buatkan aku gelak. Haha. Memang sangat best orang macam dia ni. Sebab tu ramai yang senang nak berkawan ngan dia. Ramai yang sentiasa amik berat pasal dia. Dulu tuh nak kate jeles tuh adelah. Sebab ade orang rapat ngan kawan baik kita enn. Tapi lama2 tu aku paham la. Sebab semua orang berhak berkawan. Walau macam mana rapat sekalipun dia ngan orang lain. Aku tetap tau yang dia still fikir aku kawan terbaik dia. Insha Alllah itu lah aku rasa. Kalau tak tuh . maaflah. Walaupun ramai yang tahu kisah dia. Masalah dia. Dia ta pernah rahsiakan apa2 dari aku. Ye lah .sebab dia best friend aku. Dia niyh ta de la kuat sangat sebenarnya. Sebab dia ni lemah gemalai je aku tengok. Pro and kontra dari aku yang sangatlah ganas ini. itulah baru best ade pro and kontra. Kau ade ? haha. Gurau. Walaupun dia kehilangan abang kesayangan dia. Dia tetap kuat. Walaupun kadang2 nampak la yang dia ni ta kuat mana pon. Aku selalu la bagi dia semangat. Senang sangat dia ni mengalirkan air mata dia. Tu yang aku taleh tengok kawan baik aku menangis. Nanti aku sebak sekali. Apa yang penting. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah menguji awak kerana Allah tahu awak mampu hadapi ujian ni. Kalau aku . terus terang aku katakan aku tak sekuat kau. Itu je.  Aku harap kau tabah. Walaupun perkara ini dah berlalu. Tapi sape ta rindu kan ? lepas SPM aku pisah ngan dia. Kali terakhir aku keluar ngan dia. Time kuar pi MP ngn dia and sahabat2 aku yang lain. Itupun ade je angin aku tak kena. Dia asyik kena marah ngn aku. Haish. Pelik tol aku niyh. Kali terakhir aku jumpa dia time nak amik result SPM je. Itupun sekilas pandang. Sepatah haram pon tak cakap pape kat dia. Haha. Kejam tak kejam kitorang dua orang. Lepas tu aku rase aku dah tade jumpa dia lagi, nak jumpa memang gaban susah giler.. haish. Ntah la. Sekarang belajar pon dah lain tempat. Sorang di selangor sorang di perlis. Memang tak la nak jumpe selalu enn.. tapi aku tau dia kat sana boleh bawak diri. Aku tau memang dia akan dapat kawan yang lebih baik dari aku. Kawan yang dulunya tak dapat nak rapat ngn dia sebab aku haha. Tapi sekarang diorang dah satu kampus. So memang senang la nak jumpa walaupun hakikatnya laen kos. Tapi aku percaya orang tuh boleh jaga dia. Aku tau orang tuh dah menganggap dia sebagai kawan baik dia. Kalau aku nak jeles ? buat apa tah. Childish je. Sebab semua orang berhak mendapatkan yang lebih baik. So aku harapkan kau dapat jaga hubungan kau ngan orang tu sebaik mungkin. Aku tau kau bukan jenis yang suke buang kawan. Walaupun kau dah ta ingat kat aku. Aku rase. So aku harapkan kau dapat jaga diri kau elok2 ya. Study la elok2 ye. So that kau boleh achieve apa yang kau nak selama ni. Aku sentiasa doakan yang terbaik tok kau sahabat. Harapnya selepas ini aku akan bertemu semula dengan kau sahabat. So that kau tau sumpa aku rindu kau sahabat haa. Tapi tak pe. Mungkin bukan rezeki aku nak ketemu kau sahabat. Tapi aku harap ada satu hari nanti. Sebenarnya banyak story aku nak citer kat kau. Tapi aku tak tau lah kau sanggup dengar lagi ke tak. Sebab sekarang kau dah busy kan. Sumpa aku rindu kau sahabat.  Okaylah aku rase sampai sini je yang tangan aku mampu taip. Panjang2 kang penat plak nak baca. Haha.

K Wassalam.
Aku rindu kau Haziqah.
Piece :)

1 comments:

  1. yes, she was your bestfriend before and ever . keep your friendship tightly till Jannah insyaAllah . Aku pun rindu haziqah wei (xmemasal) haha. gudluk tim.

    ReplyDelete

Leave a comment